Bismillah, Ya Allah, selawat dan salam untuk Rasullullah S.A.W.,ampunilah dosa-dosa kami dan juga dosa-dosa orang tua kami, mudahkanlah semua urusan akhirat dan dunia kami. Izinkanlah setiap detik dan saat hidup kami, digunakan untuk berjuang menegakkan AgamaMU. Amin.
Apa itu krim tar-tar?
Krim tar-tar telah dijumpai di utara Iran sejak 7000 tahun dahulu. Ianya ialah mendakan yang terbentuk semasa air anggur diperam menjadi arak. Ianya terbentuk secara semulajadi. Secara ringkasnya ianya adalah hasil sampingan ( by product) dari proses membuat arak. Bolehkah ianya dihasilkan sendiri oleh anda? Jawapanya boleh, jika anda ada menapai air anggur menjadi arak. Adakah krim ini halal?
