Bagaimana Hendak Jadi Pemborong: Mesti Bayar Hutang Pembekal

Untuk mendapat faedah dan layanan yang istimewa dari pembekal, hutang-hutang yang mereka telah berikan hendaklah dibayar dgn baik. Hutang dan kepercayaan dari pembekal amat penting. Pelanggan biasanya akan mencuba sesuatu produk jika ditawarkan oleh peniaga, jika mereka berpuashati dengan penampilan produk, rasa, kualiti , perkhidmatan dan harga sesuatu produk,  akan berlaku jualan berulang ( repeat sales) terhadap produk tersebut.

Jika kita bermasalah dengan hutang pembekal, maka:

1.1)                        Pembekal akan menyekat stok yang baru. Kita tidak  boleh membekal  semula produk tersebut untuk dijual pada pelanggan. Ini akan membantutkan jualan dan pelanggan akan hilang kepercayaan pada kita. Peniaga akan hilang kepercayaan pembekal & pelanggan.

1.2)                        Pelanggan akan cuba mendapatkan sumber bekalan dari peniaga lain . Ini akan menyebabkan rangkaian edaran kita  akan terjejas sebab pelanggan  kita yang   mendapat harga yang baik dari peniaga yang lain akan terus meninggalkan kita. 

1.3)                        Pembekal akan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat untuk mendapatkan kredit dari mereka. Pembekal juga mungkin mengenakan syarat jualan tunai jika hendakkan produk mereka atau, pembekal boleh menyekat terus produk mereka dari memasuki premis kita.

1.4)                        Pembekal mungkin akan membina rangkaian mereka yang baru di sekitar kita. Ini akan menyebabkan hak ekslusif kita akan terjejas dan pelanggan ekslusif kita juga akan hilang.

1.5)                        Jika kita gagal membayar hutang dangan baik, kita kan gagal mendapat layanan dan tawaran harga yang menarik dari pembekal. Ini akan menyebabkan kita gagal membina rangkaian cawangan perniagaan kita jika ada peluang untuk melakukannya di tempat lain.

1.6)                        Kita juga akan gagal membina sebuah perniagaan yang stabil untuk anak-anak kita. Anak-anak kita juga akan terpaksa memulakan perniagaan dengan langkah pertama semula, sama seperti kita memulakan perniagaan dahulu.

1.7)                        Jika gagal membayar hutang yang baik pada pembekal, kita juga akan menjadi punca kepada kejatuhan pembekal tersebut. Kita tidak akan mendapat bekalan stok yang baru. Kita akan kehilangan pembekal & juga pelanggan.

1.8)                        Yang paling penting, ditakuti rezeki yang diperolehi tidak berkat. Bila tiada kerberkatan pada rezeki, perniagaan susah nak buat untung, rezeki selalu tidak cukup. Hati kita juga tidak akan tenang. Kadang-kadang keceriaan kita akan terjejas dalam sesuatu majlis jika dalam majlis tersebut juga dihadiri oleh pembekal.

Kita boleh mengelakkan diri dari berhutang dengan banyak dengan pembekal.

Pertama , kita tawarkan belian secara tunai, dan minta pembekal membekalkan kita dengan harga borong walaupun sedikit belian kita. Atau kita boleh minta rebet belian jika kita berjaya memenuhi koata belian  seorang pemborong.

Kedua, kita berhutang dengan kemampuan perniagaan kita membayar hutang, dan pastikan barangan tersebut habis dengan segera.

 


Fatal error: Allowed memory size of 67108864 bytes exhausted (tried to allocate 32993451 bytes) in /home/emas/public_html/modules/node/node.module on line 1827