Bismillah, Ya Allah, selawat dan salam untuk Rasullullah S.A.W.,ampunilah dosa-dosa kami dan juga dosa-dosa orang tua kami, mudahkanlah semua urusan akhirat dan dunia kami. Izinkanlah setiap detik dan saat hidup kami, digunakan untuk berjuang menegakkan AgamaMU. Amin.
Bagaimana Membuat Serbuk Penaik ( Baking Powder)
Masa persediaan: 2 minit
Masa membuat : 2 minit
Bahan-bahannya
- 1 sudu teh baking soda
- 2 sudu teh krim tar-tar
- 1 sudu teh tepung jagung ( optional)
Cara membuatnya:
Campurkan baking soda & krim tar-tar sehingga sebati. Terus gunakan pada ramuan kek anda.
Untuk menyimpan sebatian tersebut, campurkan tepung jagung dan kacau . Tepung jagung tadi akan menyerap lembapan udara & mengelakkan ramuan tersebut bertindak sebelum anda gunakannya. Simpanlah dalam bekas kedap udara ( air-tight container).
Tahukah anda?
Serbuk penaik yang berada di pasaran kebanyakannya mengandungi aluminium iaitu aluminium sodium sulfate. Jadi hasilkan buat serbuk penaik anda sendiri & pastikan kek anda bebas dari unsur aluminium.Sebelum mencuba, selidik dahulu apakah
krim tar-tar itu. Selamat mencuba.
