Bismillah, Ya Allah, selawat dan salam untuk Rasullullah S.A.W.,ampunilah dosa-dosa kami dan juga dosa-dosa orang tua kami, mudahkanlah semua urusan akhirat dan dunia kami. Izinkanlah setiap detik dan saat hidup kami, digunakan untuk berjuang menegakkan AgamaMU. Amin.
Bekalan daging Ayam Kampung Organik
Submitted by mehzalan on Thu, 04/02/2009 - 03:08
Sesiapa yang berminat untuk menjadi pembekal ayam kampung organik kepada kami sila daftarkan nama anda di sini. Berikut adalah spesifikasi yang difikirkan sesuai:
- Umur Ayam : 3 bulan
- Berat Ayam Hidup : Sekitar 1.0 kg/ ekor.
- Makanan Ayam : Tidak menggunakan makanan ayam komersial yang diragui kandungan bahan kimianya.
- Kebebasan Ayam : Ayam mesti bebas mencari makanan di atas tanah.
- Sembelihan : Mesti dilakukan oleh Muslim yang bersolat, berjemaah dan bersiasah tinggi
Proses :
- Ayam mesti disembelih oleh muslim yang menunaikan solat, berjemaah dan bersiasah tinggi
- Najis ayam mesti dibuang dahulu sebelum proses mencelur ayam dilakukan untuk membuang bulu
- Air celuran mestilah dipastikan bersih dan sentiasa diganti.
- Secara amnya, pihak kami menolak pelaksanaan sembelihan secara moden. Hanya kaedah sembelian dan memproses ayam yang mengikut kehendak syariat Islam diterima oleh pihak kami.
- Pihak kami berhak menolak / tidak menerima ayam yang telah diproses jika kehendak di atas tidak dipatuhi.
Perjanjian :
Pihak kami akan menyediakan surat perjanjian supaya perniagaan ini adil dan telus.
