Berita Semasa

Nizar Menang : Najib Boleh Tidur Lena

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Bijak dan Maha Kuat.Izinkanlah dan berkatilah usaha hambaMu ini. Bebaskanlah artikel ini dari hasutan syaitan dan nafsu ku yang jahat. Selawat dan salam untuk Rasullullahg dan juga sahabat-sahabat Baginda. Ya, Allah selamatkanlah diri ku, ibu bapa ku, keturunan ku,guru-guru ku, saudara mara ku, sahabat-sahabat ku dan seluruh muslimin dan muslimat dari neraka Mu.

Semalam, 11.5.2009 Mahkamah Tinggi telah mengumumkan bahawa Dato' Seri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Tahniah. Syukur. Terlalu menarik untuk diulas. Sebagai ahli PAS yang mengikuti peristiwa ini dari awal lai, saya berpendapat ianya adalah suatu maianan politik yang cukup licik dan kemas. Setelah pengumunan tersebut, saya dapat lihat wajah Y.A.B. PM ceria, senyumannya cukup sweet. Tidak mengambarkan orang yang sedang kalah, kelihatan seperti lega, macam orang baru lepas qada hajat. Seolah-olah telah lama tidak qada hajat atau  tak puas. Macam ada sembelit yang kronik.

Lihat semula rentetan peristiwa ini dari awal, persoalan yang sering bermain difikiran saya ialah 1) adakah D.Y.M.M. Sultan tidak memahimi undang-undang tubuh Kerajaan Perak?, 2) Adakah pemimpin BN juga tidak faham @ tak arif dengan perlembagaan ini?, 3) adakah peguam-peguam BN terlalu bodoh?,  4) Kenapa ada pihak cuba membelakangkan perlembagaan ini.

 

Sebagai orang awam kemenangan cukup mengembirakan penyokong PR dan mengecewakan penyokong BN. Tapi kenapa Najib yang ceria??? Why?? Kenapa Dato' Seri Najib bersungguh-sungguh nak buat rayuan???

 

Andaian yang saya buat sebagai rakyat yang jahil berpolitik cukup mudah. Bagi saya kemenangan Nizar juga kemenangan untuk Najib. Bermakna, lepas ini, jika Dato' Seri Anwar berjaya menggumpul Ahli Parlimen BN masuk ke dalam kem beliau dan yang tinggal hanya Najib seorang, Anwar tidak boleh senang-senang hendak jadi PM, jika speaker tidak menerima usul undi tidak percaya di Parlimen atau sebelum parlimen dibubarkan. Ianya satu jaminan untuk Najib untuk terus berkuasa.

 

Nampaknya PM masih belum berpuas hati dengan satu kemenangan untuk Nizar, beliau mahukan dua kemenangan untuk Nizar, bererti dua kemenangan untuk Nizar. Saya pasti, PM mahukan keputusan yang sama berlaku.  Oleh itu rayuan dibuat. Jika keputusan rayuan masih sama, maka kedudukan Y.A.B. Dato' Seri Najib kuat dan selesa. Kerajaan Malaysia  kuat dan stabil.

Jadi, Y.A.B. Nizar, Dato' Seri Anwar dan penyokong PR boleh tersenyum dan bertakbir, Y.A.B PM boleh tidur lena, Dato' Seri Zamri menjadi hero ( main player) kalau nak jadi Mandela dan Ghandi pun tak pa, nak ikut agama depa terus pun ok gak ,  penyokong BN lega... bolehlah bertenang dan pihak polis bolehlah pualang ke kem masing-masing. Insyaallah bumi Perak ini akan aman dan makmur.

Satu permainan politik yang hebat dan menarik. Perlembagaan telah ditafsir dengan jelas, jika kes ini tidak berlaku, ramai orang buta perlembagaan dan undang-undang. Terima kasih Y.A.B. PM dan Nizar kerana mengajar kami makna perlembagaan.

Tahniah kepada semua pemain yang terlibat, biasa ler, macam main bola, ada yang cedera, kena kad merah, kad kuning, keena gantung perlawanan, marahkan pengadil dan macam- macam lagi. Tahniah untuk penyokong PR dan BN kerana tidak merusuh kerana kadang - kadang pengadil membuat tindakan yang kelihatan berat sebelah. Tahniah, tahniah.....

 

 

 

Syndicate content