Bismillah, Ya Allah, selawat dan salam untuk Rasullullah S.A.W.,ampunilah dosa-dosa kami dan juga dosa-dosa orang tua kami, mudahkanlah semua urusan akhirat dan dunia kami. Izinkanlah setiap detik dan saat hidup kami, digunakan untuk berjuang menegakkan AgamaMU. Amin.
Buat Duit Melalui Internet : Cadangan Untuk KOHILAL
Strategi perniagaan www.kohilal.com
Kohilal.com bercadang ingin menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat dan pemain utama dalam dunia pemasaran semua jenis produk keluaran muslim secara online di negara ini. Oleh itu kohilal.com mestilah memperkemaskan struktur perniagaan, kaedah pemasaran yang berbeza, boleh dipercayai, maklumat pelanggan mestilah dijamin selamat, memuaskan hati pelanggan dan membangunkan sumber manusia yang amanah & cekap.
- Mengurangkan kos pembinaan outlet
- Perniagaan boleh dijalankan 24jam sehari setiap hari.
- Mengurangkan kos pengiklanan
- Menjadikan kos pemasaran & pengiklanan sebagai sumber pendapatan baru
- Mengurangkan kos mencetak invois & dll dokumen perniagaan seperti resit bayaran , broucher dll.
- Sistem penerimaan wang lebih cekap ( ketirisan & lambat terima duit boleh dikurangkan).
- Ambil duit tempahan dahulu dan pelanggan boleh booking untuk stok masa akan datang ( tawaran dibuat)
- Bayaran oleh pelanggan akan menjadi lebih mudah dan berkesan( 24 jam sehari sepanjng tahun)
- Pelanggan mudah membuat bayaran tempahan ( sediakan satu akaun penerimaan untuk semua bank)
- Mengetahui jumlah tempahan dari bakal pelanggan / pelanggan sedia ada untuk tempoh tertentu
- Pengeluaran produk boleh dikawal dengan mudah bila sudah ada tempahan.
- Stok bahan mentah boleh ditempah dengan harga semasa untuk tempoh tertentu ( mengurangkan risiko kenaikan harga barangan)
- Penerimaan tempahan boleh ditransfer kepada semua pegawai yg terlibat dengan cekap.
- Jadual pengeluran & penghantaran telah tersusun dengan tepat
- Stok yg ditempah boleh terus dideliver kepada pelanggan tanpa perlu masuk stor ( jimat kos pengurusan stor /gudang)
- Yakinkan pengguna/pelanggan bahawa kohilal.com boleh dipercayai
- Meningkatkan jumlah pengguna & appearence kohilal.com
- Menjana pendapatan melalui ruang2 iklan ( harakahdaily menjana lebih kurang RM100,000.00 sebulan )Menjana pendapatan melalui jualan produk orang lain
- Mengenalpasti produk orang lain yang laku & berpotensi besar untuk di pasarkan oleh kohilal sendiri
- Menjadi pengutip hasil jualan untuk produk orang lain
- memudahkan pendaftaran ahli baru
- Mengurangkan kos & masa pendaftaran ahli baru
- Memudahkan cara mengenal pasti latarbelakang ahli baru dan lama
- Pihak pengurusan boleh menghubungi / membuat tawaran melalui email ( jimatkan kos stem, dll)
- Pengurusan boleh mengekses maklumat pengguna bila-bila masa & dimana sahaja.
- Auto reward pada semua pelanggan yang layak.
Ruang-ruang yang dijangkakan boleh membantu meningkatkan jumlah pengunjung kohilal.com
- Islam itu istimewa
- Ruang cari kerja ( penawar kerja & pencari kerja)
- Makanan halal
- Tawaran harga istimewa produk kohilal
- Tawaran Pakej Pelancungan murah dan berkualiti
- Tawaran peluang melanjutkan pelajarandi dalam & luar negara
- Hadis & Tafsir
- Berita semasa dunia Islam & dunia perniagaan
- Sokongan tokoh-tokoh terhadap kohilal.com
- Forum dan ruang chatting di dalam kohilal.com
- Email percuma untuk semua orang / ahli kohilal.com contoh mehzalan@kohilal.com
- Melatih kakitangan yang diperlukan sahaja
- Mengupah syarikat transport atau membeli lori sendiri ( mana yg lebih murah & cekap / boleh tawarkan perkhidmatan yg paling baik)
- Memperuntukkan kos untuk pemasaran setiap bulan sekitar 5% dari jangkaan perolehan jualan setiap bulan.
- Mendapat kerjasama dari semua peringkat pengurusan seperti kerjasama ahli lembaga pengarah, pengeluaran & pentadbiran dll jabatan
- Pastikan bekalan bahan mentah sentiasa cukup.
- Pastikan tempahan pelanggan dihantar tepat pada masa yang telah dijanjikan.
- Pastikan wang yang diperolehi tidak disia-siakan( jgn hilangkan kepercayaan orang ramai sekali lagi).
- Keluarkan jangkaan untung jualan & baki wang yg diperolehi hanya boleh disimpan sebagai fixed deposit sahaja.
- Uruskan keuntungan tersebut dengan baik.( Perunding x mahu campur tangan)
- Fixed deposit tersebut boleh digadaikan untuk mendapatkan pembiayaan bank sebagai sumber membayar hutang pembekal.
- Hanya 30% keuntungan dari fixed deposit itu boleh dilaburkan semula oleh pihak ahli lembaga pengarah. Keuntungan pelaburan boleh disalurkan semula kepada ahli.
- Hanya 10% dijadikan reserve tunai
- Baki 60% dari keuntungan tersebut digunakan untuk membayar hutang pelabur dahulu.
- Tiada sabotaj dari pihak-pihak tertentu di dalam organisasi KOHILAL
Kos Pemasaran & Target Jualan
Jangkaan jualan yang boleh dijana melalului www.kohilal.com
|
Tahun Operasi |
Jangkaan Jualan (RM) |
Kos Pemasaran 5% dari Jangkaan Jangkaan Jualan (RM) |
Komisyen Jualan 2% dari Jumlah Jangkaan Jualan |
||
| 1 | 10,000,000.00 | 500,000.00 | 200,000.00 | ||
| 2 | 20,000,000.00 | 1,000,000.00 | 400,000.00 | ||
| 3 | 40,000,000.00 | 2,000,000.00 | 800,000.00 | ||
| 4 | 80,000,000.00 | 4,000,000.00 | 1,600,000.00 | ||
| 5 | 120,000,000.00 | 6,000,000.00 | 2,400,000.00 |
Perunding akan berkerja secara berjemaah untuk menjayakan misi ini.
Fungsi Kos Pemasaran & Kaitannya Dengan Peningkatan Jualan
Kos pemasaran adalah alat asas yang digunakan untuk meningkatkan jualan barangan. Kami berharap pihak KOHILAL boleh memperuntukkan sebanyak 5% dari jangkaan perolehan sebagai budget untuk kos pemasaran, Kos pemasaran tersebut akan digunakan untuk tujuan berikut
-
Iklan di dalam Idhamlim.blogspot.com , blog ini mempunyai hit yg ramai dan murah.
-
Iklankan dalam harakahdaily.net , blog ini mempunyai rating yg paling tinggi dan terbaik untuk produk HILAL, kosnya mahal.
-
Iklankan dalam akhbar harakah. Akhbar ini paling ramai dibaca oleh ahli-ahli KOHILAL
-
Menawarkan produk KOHILAL dengan harga yg istimewa & hadiah istimewa untuk belian produk HILAL
-
Menawarkan produk lain dengan harga yang istimewa untuk belian produk HILAL,. Contohnya susu pekat manis.
Jika jualan yang disasarkan adalah RM 1,000,000.00 sebulan, maka kos pemasaran yang dicadangkan adalah juga
RM 50,000.00 sebulan.
Jana Pendapatan Melalui KOS Pemasaran
Kohilal.com boleh menjana pendapatan melalui tawaran purchase on purchase, contohnya jika stokis membuat tempahan satu karton ubat gigi HILAL ( RM 189.60) , mereka boleh mendapat 1 karton susu pekat manis dengan harga RM88.00/ karton, harga semasa susu tersebut ialah RM 96.00/ karton. Jika RM50,000.00 diperuntukkan untuk tujuan tersebut, dengan harga 1 karton susu ialah RM 93.00, bermakna kohilal.com telah memberi subsidi pada harga susu tersebut sebanyak RM5.00 / karton.
Oleh itu peruntukan itu boleh membiayai sebanyak 10,000 karton susu. Promosi tersebut dibuat bersama ubat gigi,
Pendapatan dari jualan ubat gigi, 10,000 karton x RM 189.60 =RM 1,896,000.00
Pendapatan dari kos pemasaran , 10,000 karton X RM 88.00 = RM 880,000.00
kos susu 1 ctn ialah RM 93.00, 10,000 karton X RM 93.00 = RM 930,000.00
Dalam kes ini kita dapati terdapat defisit sebanyak RM 50,000.00 ( awal)
defisit ini dicover oleh kos pemasaran.
Defisit ini akan dapat dikurangkan jika kita;
-
Membeli lebih banyak produk
-
Membayar dahulu produk semasa tempahan
Terdapat banyak kaedah pemasaran yg boleh dilakukan untuk melariskan jualan & menjimatkan kos. Sila rujuk semula strategi di atas.
Kos pemasaran perlu dikekalkan pada kadar 5% dari sasaran jualan. Ini akan membolehkan perunding menjalankan kempen yg lebih kreatif untuk menaikkan jualan.
Kerjasama yang erat antara perunding dengan KOHILAL akan membolehkan jualan melebihi 120 juta setahun dalam tempoh 5 tahun dari tarikh mula rundingan.
Pelan pemasaran yg lebih komprehensif akan dibentangkan setelah dilantik.
Tempoh Rundingan
Minimum : 12 bulan
Maksimum : 60 bulan
Kesimpulan & Penutup :
Diharapkan, dengan sedikit bantuan yang diberikan ini, sepatutnya KOHILAL tidak akan mempunyai masalah berikut:
- Kekurangan aliran wang tunai kerana penerimaan dilakukan dahulu sebelum penghantaran barangan.
- Ketirisan atau lambat penerimaan bayaran.
- Masalah membayar hutang kepada pembekal kerana wang sudah ada.
- Menyusun semula pembayaran hutang kepada pelabur terdahulu.
- Ketiadaan wang simpanan
- Semua masalah tersebut akan dapat diperolehi hanya jika pihak pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah amanah.
- Semoga Allah SWT akan memudahkan & menjayakan rancangan ini.
KOS Rundingan : 2 % dari jualan kasar yang dijana oleh www.kohilal.com.
Kos rundingan ialah 2% dari jualan kasar yg dibuat melalui kohilal.com, oleh kerana semua wang masuk akan dimasukkan terus ke dalam akaun KOHILAL, kami berharap pihak KOHILAL jujur melaporkan nilai jualan yang diperolehi melalui web setiap bulan. Pihak perunding mempunyai kaedah tertentu untuk mengetahui nilai jualan setiap bulan. Dalam kes ini, pihak perunding berharap pihak KOHILAL tidak akan mewujudkan persaingan peringkat dalaman dengan tujuan untuk mengagalkan belian pelanggan yang dibuat melalui kohilal.com.
Pihak perunding juga berharap unsur-unsur sabotaj tidak akan berlaku seperti ;
-
Menawarkan pakej lain yang serupa / berlaianan dengan tujuan menyaingi jualan kohilal.com
-
Melambatkan penghantaran tempahan pelanggan
Jika berlaku unsur-unsur tersebut, pihak perunding akan menarik diri tanpa memberi sebarang notis, pihak perunding tidak akan membuat dakwaan, tetapi pihak perunding yakin, pihak yang tamak sentiasa akan rugi.
Profil Perunding:
| Nama Syarikat | Qaseeh NS Trading & Services |
| No. Pendaftaran Syarikat | ( 001907527-X) |
| Alamat Syarikat Berdaftar | |
| Nama Pemilik Syarikat | Sabina Bt Hj Saran |
| No Kad Pengenalan Pemilik Syarikat | |
| Pengalaman | 5 tahun |
| Laman web yg telah dibina | www.kohalal.com |
| www.kohilal.com | |
| www.emasperak.com | |
| Bank Rasmi | Bank Muamalat Cawangan Rawang |
Terima kasih. Wassallam.
