Bismillah, Ya Allah, selawat dan salam untuk Rasullullah S.A.W.,ampunilah dosa-dosa kami dan juga dosa-dosa orang tua kami, mudahkanlah semua urusan akhirat dan dunia kami. Izinkanlah setiap detik dan saat hidup kami, digunakan untuk berjuang menegakkan AgamaMU. Amin.
1 Juta Warga Israel akan Musnah

Serangan roket mujahidin Palestin ke Israel semakin hari semakin menunjukkan kehebatannya. Mereka menggunakan roket baru yang belum pernah digunakan lagi. Jangkauannya pun mampu menembusi wilayah Israel yang strategis yang selama ini dikira selamat oleh Israel seperti pangkalan tentera udara dan darat Israel.
Di sudut yang lain pula , pihak Israel terkejut besar bila jarak jangkau roket pejuang Palestin , Batalion Izzuddin Al-Qassam telah berjaya menggempur pangkalan tentera udara Makhayem Israel yang jauhnya 50 km dari Gaza dengan roket Grad. Menurut Al-Qassam, pangkalan tentera Israel itu adalah gudang peluru berpandu Patriot dan Haits Israel. (Imej : Bandar Ashkelon )
Ini bermakna , satu juta warga Israel dengan mudah dimusnahkan oleh roket-roket pejuang Hamas. Wilayah baru itu adalah Ovekum sebelah selatan, Asdod ke utara, di wilayah itu terdapat pelabuhan yang strategik di laut Palestin yang dijajah oleh Israel sejak tahun 1948. Penduduk di wilayah Asqela dan Sidrut sudah lama menjadi berada dalam jangkauan roket-roket pejuang HAMAS
Pihak Israel sendiri mengaku, sekitar 700 roket pejuang HAMAS telah memasuki wilayahnya. Meraka cukup berahsia dengan jumlah kematian dan kecederaan.
Kita berdoa dan berharap agar Allah akan bersama dengan perjuangan mereka ini. Kemenagan di pihak Islam itu pasti berlaku. Yakinlah....Takbir
emasperak.com mencari kebenaran dan menghebahkannya. Ianya menjadi tanggung jawab kami kerana tiada media yang menceritakan kemenangan pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia.
