Bismillah, Ya Allah, selawat dan salam untuk Rasullullah S.A.W.,ampunilah dosa-dosa kami dan juga dosa-dosa orang tua kami, mudahkanlah semua urusan akhirat dan dunia kami. Izinkanlah setiap detik dan saat hidup kami, digunakan untuk berjuang menegakkan AgamaMU. Amin.
PAS menang di Kuala Terengganu, Israel kalah di Gaza

Lebih kurang jam 8 malam 17/1/09 (waktu Malaysia) saya menerima banyak sms dari rakan-rakan yg memaklumkan pada saya bahawa calon PAS untuk Parlimen P36 Kuala Terengganu secara tidak rasmi telah dimenangi oleh PAS , Abdul Wahid Endut, 51 . Perasan atau tidak, pada masa yang sama juga (jam 8 malam 17/1/09 (waktu Malaysia) Israel telah mengaku kalah ( memgumumkan genjatan senjata di Gaza). Subhanallah, hebat sungguh kuasa Mu, Islam dimenangkan serentak di dua tempat yang berbeza.
Sebelum itu, semasa hendak memilih calon, YB Presiden Pas beberapa kali telah batal wuduk untuk menunaikan solat istiharah ( memohon petunjuk untuk memilih calon yang sesuai, 7 orang waktu itu Abdul Wahid Endut tidak berada dalam senarai), setelah mendapat nasihat dari Dr Harun Din, barulah nama Abdul Wahid Endut dipilih.
Sementara itu, dari maklumat yang disampaikan oleh sahabat-sahabat dari luar negara, pasukan arteleri Israel telah di kepung. Sehingga tarikh itu pejuang HAMAS dan sekutunya telah berjaya membunuh hampir 300 orang tentera Israel dan mencederakan lebih 1000 orang tenteranya. Pada 17/1/09 itu juga pejuang HAMAS telah berjaya membunuh 2 orang komandan tentera Israel dan 13 orang tentera biasa.
Pihak Israel juga telah mengalami banyak kerosakan dan kemusnahan harta benda dan juga kehilangan nyawa akibat serangan roket HAMAS. Cuma mereka amat berahsia dengan maklumat itu sebab tidak mahu masyarakat dunia mengetahui mereka telah kalah teruk dalam peperangan tersebut.
Jika pemimpin Israel tidak mengumumkan gencatan senjata pada tarikh itu, sudah pasti lebih ramai tentera akan terkorban dan kereta kebal akan musnah.
Persoalan yang saya hendak timbulkan sekarang ialah, siapakah Abdul Wahid Endut? Kemenangan kamu telah menyelamatkan ramai umat Islam Palastine dan memusnahkan kekuatan tentera Zionis. Yakinlah , Allah jadikan sesuatu bukannya sia-sia.
Pakatan Rakyat menang di Kuala Terengganu dan HAMAS menang di Gaza....
