ISO-GEN Plus

ISO-GEN Plus

Untuk Kulit Lebih Berseri, Cerah dan Muda Kini, anda boleh memiliki kulit yang sihat, cantik dan muda dengan Nutricelle ISO-GEN Plus yang bercirikan kolagen ikan peptida berasaskan soya organik. Pengambilan Nutricelle ISO-GEN Plus seharian dapat melindungi serta mengkayakan kulit anda, menyembuhkan luka, mengurangkan kedutan, pigmentasi, memberikan tona kulit yang sekata, mengurangkan jeragat serta menguatkan sendi. Kulit Yang Cerah dan Berseri Bermula Dari Kolagen Fakta mengenai kolagen · Kolagen membentuk hampir 30% daripada jumlah berat protein manusia · Kolagen membentuk hampir 70% bahagian derma kulit · Kolagen juga merupakan bahan asas binaan kulit, tulang, kartilaj dan tisu penyambung dalam badan. · Ia menyambungkan sel ke sel, · Membantu penjanaan semula sel-sel kulit dan mengekalkan kulit. · Ia membentuk lapisan penebat dan perlindungan kepada sendi dengan membentuk kartilaj bagi mengurangkan geseran, terutama pada pinggul, sendi dan lutut. Apakah itu Kolagen Kolagen merupakan sejenis protein penyokong yang memberikan kulit ciri-ciri keanjalan, kekenyalan, kelembapan, kekuatan dan ketegangan. Kolagen merupakan protein ringkas yang dibina hanya daripada asid amino (golongan protein fibrin). Ia dibina daripada fraksi asid amino kecil dalam bentuk lingkaran spiral, yang mana mengandungi 19 jenis asid amino. Prolina dan Glisin merupakan dua jenis asid amino yang bertanggungjawab untuk membentuk kolagen, di mana hampir 9% daripada struktur kolagen diperbuat daripada prolina. Asid amino membentuk rantaian spiral dalam bentuk yang dikenali sebagai heliks tropo-kolagen. Lebih daripada 90% kolagen dalam badan manusia terdiri daripada kolagen jenis I, II, III dan IV. Prolina atau hidroksiprolina membentuk hampir 1/6 daripada jumlah asid amino keseluruhan dalam struktur kolagen. Antaranya : · Kolagen jenis satu – kulit, tendon, vascular, ligament, organ-organ dan tulang · Kolagen jenis dua – kartilaj, terutamanya pada sendi · Kolagen jenis tiga – retikulat, biasanya hadir bersama kolagen jenis 1 · Kolagen jenis empat – membentuk asas bagi menyokong struktur membran Pembentukan Kolagen Berkurangan Dengan Peningkatan Usia. Pembentukan kolagen mula berkurangan apabila meningkatnya usia (umur 25 ke atas). Garisan halus serta kedutan akan kelihatan akibat daripada keruntuhan jaringan kolagen yang merupakan komponen utama bahagian tisu penyambung. Proses penuaan kulit bermula dalam tisu penyambung yang kaya dengan simpanan kolagen. Faktor-faktor Penyebab Kerosakan Kolagen 1. Kolagen sangat sensitif terhadap serangan radikal bebas. Radikal bebas merupakan molekul reaktif yang dihasilkan daripada metabolisma oksigen semula jadi dalam badan. 2. Kerosakan kolagen juga disebabkan oleh pendedahan badan kita kepada pencemaran alam seperti sinaran UV. 3. Penyakit auto-imun, senaman keterlaluan, tekanan, ketidakseimbangan hormon, toksin dan enzim bahaya yang dihasilkan oleh patogen akan merosakkan jaringan protein, fibroblast dan vitamin yang amat diperlukan untuk penghasilan kolagen. Ini menyebabkan penukaran kepada bentuk kolagen yang tidak larut, penghasilan kedutan, garisan halus, tona kulit yang tidak sekata, muka yang tidak cerah serta masalah kulit yang lain. Tanda-tanda Kekurangan Kolagen · Kedutan kulit dan garisan halus · Tona kulit yang tidak sekata · Kulit yang kering · Alahan kulit · Penyembuhan luka dan parut yang lambat · Keanjalan, kekenyalan dan kelembapan kulit yang kurang · Faktor genetic – Gen COL1A1 dan COL 1A2 · Selulit (untuk badan) Bagaimana Kedutan dan Garisan Halus Terbentuk Kedutan kulit akan mempengaruhi keyakinan diri seseorang. Keadaan kulit akan berubah apabila meningkatnya usia. Misalnya sel-sel kulit akan membahagi dengan perlahan, bahagian dermis kulit akan menipis dan kurang upaya untuk membaikpulih dengan sendirinya, jadi parut dan luka akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Dermis kulit mengandungi protein kenyal yang dikenali sebagai kolagen dan elastin yang bertugas untuk mengekalkan keanjalan dan kekenyalan. Kenapa mengambil Nutricelle ISO-GEN Plus Pengambilan Nutricelle ISO-GEN Plus seharian dapat melindungi serta mengkayakan kulit anda, menyembuhkan luka, mengurangkan kedutan, pigmentasi (jeragat), memberikan tona kulit yang sekata, mengurangkan jeragat serta menguatkan sendi. 14 Sebab Utama Mengapa Anda MemerlukanNutricelle ISO-GEN Plus 1. Campuran ramuan berfungsi yang amat berkesan dan unik Formula yang mengandungi campuran soya organik yang kaya dengan lesitin, kolagen peptida ikan, maltodekstrin (merupakan serat dietari), campuran multivitamin dan multimineral serta protein soya terasing dalam bentuk minuman. 2. Kolagen peptida ikan yang pertama digunakan Nutricelle ISO-GEN Plus mengandungi kolagen peptida ikan yang terbukti secara klinikal dapat mengembalikan keanjalan kulit, yang mana datangnya daripada pembekal kolagen yang terulung iaitu Jepun. Produk ini dapat mengembalikan kecantikan serta kesihatan kulit. Dos efektif yang digunakan untuk tujuan kecantikan kulit adalah sekitar dos 2-4g kolagen sehari. Dengan mengambil dua bungkus sehari, anda telah memenuhi keperluan minimum untuk kolagen bagi mengekalkan keremajaan kulit. 3. Dos kolagen yang cukup berkesan Setiap hidangan (1 sachet) Nutricelle ISO-GEN Plus mengandungi minimum 2,500mg kolagen peptida ikan yang bercirikan asid amino seperti glisin, prolina dan hidroksiprolina yang membentuk struktur asas kolagen. 4. Kadar penyerapan yang cekap Saiz molekul kolagen yang digunakan didapati mirip dengan kolagen manusia. Ia mempunyai kadar penyerapan dan asimilasi yang tinggi. 5. Meningkatkan prestasi kulit Produk ini kaya dengan lesitin dan serat dietari daripada soya untuk meningkatkan keupayaan pembuangan toksin serta menyerlahkan kulit melalui pembentukan kolagen daripada kolagen peptida ikan. 6. Hasil yang cepat Anda akan mengalami kesan perubahan yang ketara pada kulit anda setelah mengambilnya selama 2 bulan, seperti kekenyalan, keanjalan dan kecerahan kulit (bergantung kepada individu) 7. Hanya formulasi yang bercirikan Kolagen II dua untuk kesihatan sendi Kolagen peptida ikan mengandungi kolagen jenis II yang dapat membantu membentuk kartilaj untuk sendi-sendi, dengan itu amat sesuai untuk pesakit-pesakit arthritis dan gout. Ia berupaya untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan pada sendi. 8. Antioksidan dan anti-keradangan Gabungan profil asid amino dengan Omega-3 dan Omega-6 memberikan kuasa anti-pengoksidaan yang hebat bagi melindungi sel-sel kolagen daripada kerosakan. 9. Rasa yang enak Rasa yang enak ini disebabkan oleh kualiti kacang soya yang bermutu tinggi, 100% organik dan kolagen ikan yang tidak berbau hanyir. 10. Tiada asid oksalik dan enzim urinase Kedua-dua komponen ini dikeluarkan daripada kacang soya, oleh kerana ia akan menyebabkan komplikasi pada pesakit-pesakit arthritis, gout dan mereka yang alah kepada kekacang. 11. Rendah gula serta bebas kolesterol Sesuai untuk pesakit diabetes dan penyakit kardiovaskular. Dalam jangka masa panjang, ia dapat menurunkan tahap kolesterol dan melindungi jantung. Semua ini dimainkan peranannya oleh maltodekstrin, lesitin dan oligosakarida. 12. Sesuai untuk mereka yang mengandung dan menyusu 13. Bacaan Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score (PDCAASS) setinggi 1.0 Bacaan ini menunjukkan kualiti protein yang tinggi. 14. Hanya ramuan yang disahkan oleh USFDA sahaja digunakan Semua ramuan yang digunakan disahkan halal. Bagaimana Nutricelle ISO-GEN Plus berfungsi? Melalui 3 kaedah:- 1.Pembuangan toksin melalui sistem penghadaman dan hati, dengan menggunakan protein soya, lecithin dan serat dietari. 2.Soya isoflavones dan protein soya terasing membantu merangsang pembentukan struktur kolagen. 3.Penambahan serta penggantian kolagen kulit dengan menggunakan kolagen peptida ikan yang menyerupai kolagen manusia. Kesan yang dapat dilihat selepas penggunaan selama 8 minggu:- · Kulit lebih gebu, cerah dan berseri · Melembapkan kulit · Mengurangkan garisan halus dan kedutan · Mengurangkan jeragat · Tona kulit lebih cerah · Mengurangkan alahan dan keradangan kulit · Penyembuhan kulit yang cepat (percepatkan pemulihan kulit) ISO-Gen Plus sesuai untuk:- · Kulit berpigmentasi dan bintik-bintik · Kulit gelap @ rona tak sekata · Kulit banyak kedutan dan ada garisan halus · Kulit berejuvenasi dan parut-parut · Ada kantung mata (eye bag) · Kulit kasar dan kusam · Kulit tiada keanjalan @ kekenduran 8 daripada 10 subjek kajian amat berpuas hati dengan kesan produk yang menakjubkan ini. Anda pun boleh juga!