Pelita Penyelamat Nyawa

safelampbbc

Saya sukakan ciptaan ini, walaupun kelihatan seperti suatu ciptaan yang tak bernilai di Malaysia ataupun di negara-negara yang maju, ciptaan ini amat bernilai bagi sesetengah penduduk di seluruh dunia. Pelita yang  asalnya dicipta menggunakan  botol plastik vitamin, ini bukan sahaja murah malah selamat digunakan. Ianya tidak bergolek, minyak tanah tidak menitik jika terbalik, berat dan murah ini  terbukti mampu mengelakkan berlakunya kebakaran rumah dan kecederaan yang lain disebabkan oleh pelita yang terbakar. Dr Wijaya Godakumbura telah berusaha dan berjaya menghasilkan produk ini setelah melihat begitu ramai  pesakitnya yang menjadi mangsa kebakaran disebabkan oleh pelita di Sri Lanka.

 

Di Sri Lanka satu per lima penduduknya masih menggunakan pelita sebagai alat penerang di malam hari. Ramai juga yang tidak mampu membeli pelita, kebanyakan mereka menggunakan pelita yang dibuat dari bekas tin makanan ataupun botol kecil  (lihat gambar di atas)  seperti punjut di bulan puasa. Hasil usaha ini telah mendapat pengiktirafan banyak pihak dan mendapat tempahan dari beberapa negara seperti Bangladesh, India, Uganda dan lain-lain negara.

 

Kos menghasilkan pelita ini amat rendah. Matlamat Dr Wijaya, setiap pengguna pelita di Sri Lanka mesti memiliki pelita ciptaannya. Ciptaan ini walaupun nampak leceh tetapi amat berguna. Ianya ciptaan yang hebat.

 

 

                                          

Rujukan yang sesuai

  1. Brightening Millions of Lives
  2. Safe Bottle Lamp
  3. The Surgeon of The Lamp  

Terciptanya pelita ini membolehkan kanak-kanak miskin di Sri Lanka belajar dengan selamat diwaktu malam. Jadi ianya juga penyumbang untuk  masa depan yang lebih cerah kepada  generasi baru Sri Lanka . Pada waktu ini 1.6 Billion orang iaitu lebih kurang 1/4 dari popolasi manusia di seluruh dunia masih belum mendapat bekalan elektrik.  Insaflah , pada saat ini ramai lagi yang perlukan khidmat kita, walaupun sumbangan itu sekecil pelita ini. Apa yang kita fikirkan untuk orang lain? Tahniah Dr. Wijaya.