PUSAT RAWATAN & PEMULIHAN DADAH PERSENDIRIAN JABAT SUFI

Sessi Tazkirah

PERUNDING PEMBANGUNAN MODAL INSAN

  • RAWATAN PEMULIHAN DADAH
  • URUT TRADISIONAL ( KHAS UNTUK LELAKI)
  • PENYAKIT MISTERI / GANGGUAN JIN / SAKA
  • LAIN-LAIN RAWATAN KEROHANIAN

KONSEP RAWATAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM

 

Rawatan dan pemulihan yang dijalankan adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang berterusan dari segenap aspek dan sudut sama ada kaedah dan program di pusat-pusat serenti, persendirian, swasta, penjara, perubatan moden mahupun tradisional. Kajian juga merangkumi maklumat-maklumat yang diperolehi dari media massa, agensi kerajaan, masyarakat setempat termasuk penagih yang terlibat di luar atau dalam kawalan, lelaki dan perempuan, taraf kehidupan dan pendidikan akademik serta keagamaan, badan bukan kerajaan dan seluruh yang terbabit dalam menangani penyalahgunaan dadah. Justeru maka terhasillah JABAT SUFI yang menjadi pilihan utama dalam menangani, merawat dan memulihkan penagih.

Pengedaran dadah untuk tujuan kekayaan dan kemewahan bukanlah satu bentuk perniagaan, tetapi adalah satu jenayah dan penganiayaan kepada bangsa Malaysia (khususnya Melayu) dan perkara ini wajib dibanteras habis-habisan sebagaimana pembanterasan terhadap pengganas komunis, ajaran sesat dan apa saja yang menggugat keharmonian dan aqidah umat Islam pada tika dan saat ini.

Maklumat Syarikat | Pengusaha
Nama Syarikat: 
JABAT SUFI
Nama: 
MOHAMAD ISMAIL BIN HJ SALEH
Alamat: 
766A, TAMAN CHANDAN DESA
Alamat: 
JALAN DR. NAZRIN SHAH, 31300 SIMPANG PULAI
Alamat: 
IPOH, PERAK
Telefon: 
05- 357 3841 / 019- 510 8777
Fax: 
05- 357 3841
Laman Web: 
http://www.JABATSUFI.COM.MY
Email: 
rawatan@jabatsufi.com.my