Bismillah, Ya Allah, selawat dan salam untuk Rasullullah S.A.W.,ampunilah dosa-dosa kami dan juga dosa-dosa orang tua kami, mudahkanlah semua urusan akhirat dan dunia kami. Izinkanlah setiap detik dan saat hidup kami, digunakan untuk berjuang menegakkan AgamaMU. Amin.
Rahsia Bisnes Rasulullah
Terdapat 12 rahsia kejayaan Rasulullah memimpin dan membangun empayar bisnes yang sentiasa untung sepanjang perniagaan yang dijalankan. Buku ini banyak menceritakan bagaimana sikap Rasulullah ketika muda iaitu diusia kanak-kanak, remaja, belia dan dan sebelum dilantik oleh Allah menjadi Rasul. Oleh itu buku ini amat istimewa kerana melibatkan usaha penulis mencari dan mendokumenkan kehidupan Nabi Muhammad( S.A.W) sebagai seorang seorang usahawan yang berjaya. Buku ini juga mampu memberi persepsi baru tentang tanggungjawab seorang muslim untuk memajukan sektor ekonomi sesebuah masyarakat.
Keterampilan Baginda yang hebat telah mampu mengubah tamadun sebuah kawasana yang tandus , kawasan yang tiada sumber alam, hasil kebun atau pertanian kepada sebuah kawasan yang maju dan berdaya saing. Baginda adalah prototaip anak muda yang gigih. Baginda ialah anak muda yang berfikir dan bertindak dan berjaya membuktikan kepada dunia bahawa anak yatim piatu yang miskin juga mampu menjadi jutawan. Baginda juga membuktikan bahawa orang yang tidak tahu membaca dan menulis juga boleh berjaya dalam perniagaan. Baginda juga membuktikan bahawa ketiadaan modal yang besar bukanlah halangan untuk menjadi seorang jutaan.
Melalui buku ini, bakal usahawan akan dibekalkan panduan yang lengkap untuk menjadi seorang jutawan yang bijak, muda dan berjaya. Modal yang besar bukanlah punca kejayaan sesuatu perniagaan. Dilahirkan di bumi yang kaya dengan hasil alam juga bukanlah penentu kejayaan sesuatu tamadun. Rasulullah bukan sahaja berjaya membuka empayar perniagaan, tetapi juga berjaya membina tamadun yang hebat.
Buku ini mesti dimiliki oleh setiap orang muda ,muslim dan juga bukan muslim.
Harga pasaran RM 24.00
Penerbit : Alam Raya Enterprise
Karya : Prof. Dr Laode M Kamaluddin
Belanja pos : RM 5.00 ( Malaysia sahaja)
