simieY

user warning: Illegal mix of collations (latin1_swedish_ci,IMPLICIT) and (utf8_general_ci,COERCIBLE) for operation '=' query: SELECT dst FROM url_alias WHERE src = 'profile/profile_no_pendaftaran/KT0264052‐P' AND language IN('en', '') ORDER BY language DESC in /home/emas/public_html/includes/path.inc on line 69.

Maklumat

Perniagaan/business
Serbuk Asam Buahan Tropika
Daftar Perniaagaan / Business Registration
KT0264052‐P
Jenis Perniagaan / Type of Business
Pembekal
Alamat / Adress
Lot 261 Kampung Chempaka
Alamat Jalan / Road
Jalan Panji
Bandar / City
Kota Bharu
Poskod / postcode
16100
Negeri - Negara / State - Country
Kelantan, Malaysia
Laman Web Perniagaan / website
http://zaireens.blogspot.com
Profil Syarikat / Company Profile

Di awal penubuhan Zaireen’s Food’s Of Companies pada 17hb Ogos 2009, syarikat hanya menumpukan kepada operasi penjualan jus jambu dan jambu potong di gerai-gerai sekitar kompleks sukan dan berdekatan Sekolah Menengah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

Ekoran sambutan yang amat menggalakkan dan permintaan yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Syarikat telah memutuskan untuk membuka beberapa cawangan di sekitar ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu dan beberapa bandar dan di antaranya Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Rantau Panjang.

Syarikat tidak menoleh ke belakang dan terus mempolori jualan jus jambu dan jambu potong di Kelantan. Sehingga kini, syarikat telah mempunyai sebanyak 13 cawangan di seluruh negeri.Di samping terus membimbing usahawan yang bernaung di bawah syarikat asas perniagaan mencakupi teknik penghasilan jus jambu serta cara memotong jambu yang betul, pengurusan perniagaan dan strategi untuk memaksimumkan pulangan.

Syarikat turut mengintai peluang perniagaan baru dan membuat kajian salah satu produk keluaran syarikat iaitu serbuk asam. Yakin produk ini pasti mendapat sambutan yang tinggi, syarikat telah memulakan operasi pengeluaran Serbuk Asam Buahan Tropika secara komersil.

Pendedahan dan promosi produk Serbuk Asam Buahan Tropika di rangkaian Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS), Agro Bazaar dan gerai jualan pasar tani di seluruh daerah di negeri Kelantan oleh pihak IKS FAMA menjadi platform untuk menyakinkan bakal pengguna seterusnya meningkatkan hasil jualan syarikat.

Syarikat mempunyai visi untuk memasuki satu fasa baru dengan membekalkan produk ke suluruh pasaraya di seluruh negara dan seterusnya bersaing dengan produk yang dihasilkan dari dalam dan luar negara.

Visi Syarikat
Menjadi pelopor kepada industri yang diceburi serta mewujudkan sebuah syarikat milik Bumiputera yang berdaya saing.

Misi syarikat
Zaireen’s Food’s of Companies komited untuk terus menerokai serta memantau dan memastikan halatuju syarikat lebih fokus serta menitikberatkan kepada sistem pengurusan yang bersistematik dan profesional.

Objektif syarikat :
Mencari peluang-peluang baru perniagaan dan seterusnya menaikkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat.

Nama Pengurus - Pegawai / authorized personnel
Mohd Suhaimi Abdullah
Telefon Bimbit / handphone
013-6393014

History

Member for
1 year 23 weeks