Bismillah, Ya Allah, selawat dan salam untuk Rasullullah S.A.W.,ampunilah dosa-dosa kami dan juga dosa-dosa orang tua kami, mudahkanlah semua urusan akhirat dan dunia kami. Izinkanlah setiap detik dan saat hidup kami, digunakan untuk berjuang menegakkan AgamaMU. Amin.
Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel
Buku ini adalah novel sejarah Islam yang mesti dibaca oleh setiap keluarga muslim. Peribadi & tingkah laku Sultan, tentera dan rakyatnya ini adalah ontoh terbaik yang pernah disebut oleh Rasulullah S.A.W. dalam Hadithnya yang soheh iaitu," Kota Konstantinopal akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik".
Sesungguhnya kejayaan baginda bukan datang secara bergolek, tetapi penuh dengan usaha, strategi, kelengkapan senjata yang moden, kebijaksanaan & ketaatan tentera dan keazaman yang tinggi untuk membuktikan bahawa hadis tersebut adalah benar dan terjadi di zaman baginda.
Buku ini juga memberi panduan bagaimana hendak mendidik seorang anak dan bagaimana membentuk peribadi anak yang amat baik, rendah diri, rajin, sukakan ibadah dan menjauhi maksiat.
Percayalah, jika kita bersungguh-sungguh membuat kerja untuk Allah, bantuan yang tiba memang hebat dan tak terduga. Buku ini juga memperlihatkan bagaimana rancangan jahat dan persiapan rapi pihak musuh akhirnya memakan diri mereka sendiri.
Karangan : Abdul Latip Talib
Bil muka surat: 340 termasuk kulit
Harga: RM 24.00 ( termasuk belanja pos)
Tawaran sah sehingga 30/5/2010 sahaja.

